Ibadah Qurban & Aqiqah

Kami juga menyediakan pakej khas bagi ibadah-ibadah ini.

Ibadah Aqiqah

Kelahiran bayi merupakan peristiwa yang dinantikan dalam sesebuah keluarga kerana kehadiran mereka membawa kebahagiaan dan keharmonian. Akikah ialah penyelembihan haiwan ternakan yang dilakukan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran bayi. Dengan melaksanakan ibadah akikah dan menyedekahkan daging yang telah disembelih, terutamanya apabila dinikmati oleh saudara Islam yang memerlukan, akan menambahkan lagi keberkatan serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dalam Islam.

Ibadah Qurban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Kami menyediakan lembu hidup untuk qurban serta kambing hidup untuk korban dan aqiqah dengan harga istimewa. Kami juga menyediakan kemudahan sembelihan di ladang kami dan penghantaran daging korban atau self-pickup setelah proses sembelihan selesai.