Kami ada menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu karkas untuk penjual daging lembu. Karkas merupakan bahagian badan ternakan yang telah disembelih, dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian. Biasanya akan dipotong kepada 4 bahagian. Dipotong kepada bahagian kecil jika ada permintaan dari pembeli. Dibawah adalah perincian mengenai harga.
- Harga Daging: RM28/kg – RM30/kg.
- Daging yang dibekalkan dalam keadaan potong 4 atau potong 6.
- Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh penghantaran bagi menjamin bekalan.
- Daging Karkas boleh dibekalkan dalam keadaan siap dipotong dan dibungkus samada secara bungkusan biasa atau pek secara vakum dengan kos tambahan.
- Kos Penghantaran adalah tertakluk kepada lokasi penghantaran dan jumlah pembelian.
- Jumlah karkas bagi seekor lembu adalah antara 80kg sehingga 200kg, tertakluk kepada stok lembu dan perbincangan bersama wakil kami.